PASIR SALAK, 14 OGOS: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) hari ini memperkenalkan dua varieti baharu padi wangi selaras peningkatan permintaan terhadap beras wangi berkualiti serta mempunyai nilai kesihatan yang tinggi untuk rakyat di negara ini.